Pages

RSS

Welcome to my Blog
Hope you enjoy reading.

Friday, 24 May 2013

This is THE END...SMKJ 2013 IN MEMORY


Alhamdulillah, perjuangan ku berakhir jua. Tanggal 23 Mei 2013 akan aku sematkan dalam lipatan kenangan hidupku selagi hayat masih dikandung badan. Semoga setiap ilmu dan pengalaman yang kukutip di SMKJ menjadi panduan berguna di masa depan.

Tapi....
Mengapa hati ini masih terasa kalau separuh jiwaku masih lagi di SMKJ? Seolah2 aku masih memikul tanggungjawab sebagai "cikgu@teacher" untuk intan payungku, 1 Cyan & 2 Cyan. Sejujurnya, aku merasakan yang jiwaku masih lagi tidak dapat menerima kenyataan yang aku sudah "bebas, merdeka" dari segala masalah, tension, lesson plan, karenah2 pelajar, pentadbiran, ko-k, sukan...bla,bla,bla - inilah GURU - bukan sekadar MENGAJAR tapi juga MENDIDIK bersama-sama dengan TUGAS PERKERANIAN yang bertimbun-timbun. Sehinggakan aku sendiri terfikir, sampai kapan semua ini akan berakhir. Tugas-tugas GURU tiada kesudahannya. Sejujurnya, aku rasa tak sanggup untuk meneruskan kerjaya dalam profesion ini selepas 3 bulan berpraktikum TAPI inilah aku...di sini lah hidupku yang seterusnya...Banyak pancaroba dan dugaan menanti NAMUN aku tahu di sudut hati aku, aku yakin dengan 1 perkara - Aku ingin menjadi seorang GURU, dipanggil Teacher @ Cikgu - mengajar dan mendidik anak bangsaku yang jauh ketinggalan dalam bahasa asing (English). Inilah passionku. Lucunya, setelah 4 tahun, untuk pertama kalinya, aku begitu yakin dengan apa yang aku nak dalam hidup aku.. O yeah! I'm a teacher babe!

Hahaha...
Aku sudah "waras" sekarang. Mula-mula balik ke bilik selepas hari last dengan sambutan hari guru, aku rasa seolah-olah dunia ni sangat sangat sangat kosong. seolah-olah hidup aku tak berguna, tiada hala tuju - nothing! Bila aku tengok bilik yang bersepah dengan buku-buku rujukan dan latihan, papers untuk students, fail2, beg, kasut, pelbagai corak baju kurung yang bersepah, ada satu perasaan aneh yang sukar untuk aku terjemahkan. Rasa nak menangis tapi tiada air mata. Rasa nak menjerit sekuat hati tapi tiada suara. Sekali rasa tak mau pandang semua ni, rasa benci, sedih, terharu...semua bersilih ganti. Ya ALLAH,,,,,aku tak nak semua ni berakhir tapi aku juga bersyukur kerana aku berjaya mencabar diri aku menghabiskan 3 bulan tempoh berpraktikum. Ya, 3 bulan bukan satu tempoh yang singkat. Banyak perkara pahit dan manis dilalui. Alhamdulillah, aku masih di sini. Aku tak lari dari tanggungjawabku sebagai seorang pelajar, guru praktikum, anak...aku bangga dengan diri aku sendiri. Yeah, I'm proud with myself. I did great! I'm awesome, lovely, amazing, fantastic baby!

To SMKJ, students and teachers,
Thank you for allowing me be part of your life. So many things we had done together with so much passion and bittersweet memories. I hope I can emulate your passion as a "cikgu" and be the best teacher ever in the future....To my students, thank you so much! Frankly speaking, I can't stand with your behaviours, you guys are very naughty BUT sporting, cool and amazing. You guys taught me a lot about life and responsibility. Hope to see you again in future! Hopefully......I wish you guys all the best, learn diligently and please don't forget my name "Teacher As".....

Thank you for the presents, wishes and your love. Will miss you guys and I know that for sure with no doubt! Saranghae! Kamsahamnida! Arigato! xie xie! Terima kasih.













0 comments:

Post a Comment